mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q1 2025 CELIK IT – NUR ‘AIN BINTI RUSLI 

Nama     : Nur ‘Ain Binti Rusli
Umur     : 20 Tahun
Ahli        : 2024

Latar belakang

Beliau merupakan bakal usahawan dalam produk makanan dan sentiasa mengikuti kelas asas keusahawanan, ICT dan mahir masak di NADI Felda Adela.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sepanjang bergelar pelajar beliau sering menggunakan perkhidmatan printing di NADI Felda Adela kerana lebih murah berbanding ditempat lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pada tahun 2024 beliau mendaftar ahli kerana ingin menyertai pelbagai program anjuran NADI Felda Adela. Antara program yang pernah disertai ialah kemahiran Microsoft Office, mengikuti kelas keusahawan dan mengikuti kelas jangka pendek anjuran Mahir Masak dan suntingan imej anjuran Mahir Foto.