1. GERAKAN PERSATUAN WANITA (GPW)
Organisasi yang dinamakan sebagai Gerakan Persatuan Wanita (GPW) ini diketuai oleh Pn. Hajah Fatimah Bt Yahya. Sebagai ahli GPW yang terdiri daripada isteri peneroka, adalah menjadi tanggungjawab mereka melaksanakan program-program komuniti bagi mengeratkan hubungan dan membangunkan kawasan kampung. Setiap program dilaksanakan secara bergotong-royong, antaranya seperti melaksanakan sesuatu majlis atau sambutan, membersihkan kawasan kampung, aktiviti kebajikan dan sebagainya.
Antara aktiviti mereka adalah :
- Aktiviti gotong royong membersihkan kawasan kampung sempena AKKF 2015
- Bekerjasama menjayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015
- Menyertai kelas agama seperti kelas dakwah, kelas belajar Al-Quran dan kelas fardhu Ain
- Gotong royong dan rewang untuk majlis kenduri
Selain itu, ahli GPW turut mengusahakan projek tanaman tanah seluas 2 ekar pada 19 Ogos 2014. Antara projek tanaman tersebut adalah :
- Penanaman pokok buah naga
- Penanaman pokok limau kasturi
2. GOLONGAN GENERASI KEDUA (GEN2)
Persatuan ini terdiri daripada anak peneroka yang merupakan generasi kedua di Felda Adela. Aktiviti komuniti seperti gotong-royong majlis kenduri, perkahwinan, program wanita dan aktiviti lain turut disertai oleh golongan generasi kedua ini.