mcmc
Maklumat Am

Maklumat Am

MAKLUMAT NEGERI

Johor Darul Ta’zim ialah sebuah negeri di Malaysiayang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilandan Pahang. Dengan keluasan kira-kira 19,210 kilometer persegi (7,420 bt2), Johor merupakan negeri ke-5 terbesar dalam Negara Malaysia.

MAKLUMAT DAERAH

Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di muara Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 40 km dari bandaraya Johor Bahru. Daerah Kota Tinggi yang terletak di selatan pantai timur Semenanjung merupakan daerah yang terbesar di Negeri Johor dan mempunyai keluasan 3,500 batu persegi. Terdapat 10 buah mukim di dalam daerah ini yang mengandungi lebih 200,000 penduduk yang merangkumi 26 buah kampung induk tradisional, 117 buah kampung rangkaian, 29 buah kawasan penempatan Felda dan 5 buah kawasan bandar baru KEJORA

MAKLUMAT KAMPUNG

Felda Adela merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Kota Tinggi. Kedudukannya di dalam satu kompleks bersama Felda Tunggal, Felda Sening, dan Felda Kledang dengan jarak bandar yang terdekat iaitu 20km ke Sungai Rengit dan 60km ke Kota Tinggi. Felda Adela dibangunkan dalam program pembangunan pada tahun 1973/1974.  Ia merangkumi 3 peringkat tanaman sawit dengan keluasan 1,656.44 hektar kawasan ladang, dan 145.91 hektar kawasan kampung.  Felda Adela adalah terletak dalam kawasan Parlimen Pengerang dan DUN Tg Surat dengan penduduk seramai 3,900 orang daripada 390 keluarga peneroka. Kebanyakannya berasal dari negeri Johor dan hanya 2% sahaja dari luar negeri Johor.