mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2020 (OKTOBER – DISEMBER) USAHAWAN 1 – AZLINDAWATI BINTI SAKAK

Nama   :     Azlindawati Binti Sakak

Umur      :     42 Tahun

Ahli         :     2011

 

 

 

Latar belakang

 

Puan Azlindawati memulakan perniagaan dengan menerima tempahan makanan secara atas talian. Beliau mula membuka kedai makan  sejak Oktober 2018 secara kecil-kecilan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan. Beliau hanya menerima tempahan untuk majlis kecil sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh NADI Felda Adela beliau lebih bersemangat dan berjaya membuka kedai makan di Felda Tunggal. Beliau belajar mempromosikan kedai perusahaannya di Facebook dan Whatsapp. Sistem jualan juga lebih tersusun dengan adanya pengiraan yang betul tentang untung runcit perniagaan yang dijalankan.