mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2021 (JANUARI – FEBRUARI) USAHAWAN 1 – NOR AZLINAH BINTI KHAHAR

Nama     :     Nor Azlinah Binti Khahar

Umur      :     37 Tahun

Ahli         :     2010

 

Latar belakang

Puan Azlinah memulakan perniagaan pada awal tahun 2019, beliau adalah suri rumah dan ingin menambah sumber pendapatan keluarga. Bermula dengan percubaan untuk makan sendiri untuk keluarga, beliau mula membuka tempahan untuk pelanggan. Harga jualan untuk sebuku kek asam manis air tangan beliau ialah RM18 sebuku.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

 

Mula berniaga dan menerima tempahan untuk skala kecil sahaja.Kebanyakan pelanggan beliau ialah jiran dan rakan terdekat sahaja. Beliau hanya mempromosikan kek jualan melalui hebahan mulut ke mulut.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

 

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh NADI Felda Adela, beliau kini lebih yakin mempromosikan kek asam manis jualan di aplikasi whatsapp dan iklan di Facebook. Sepanjang mengikuti kelas dan latihan ICT di NADI Felda Adela, beliau menambah produk jualan baru. Antaranya ialah baby pusing caramel, popia begedil daging, tart telur dan ayam bakar.