mcmc
Kisah Kejayaan

Celik IT Q4 2019 – Pn Siti Aishah Bt Salleh

BELAJAR MENAIP MENGGUNAKAN  MICROSOFT OFFICE, INTERNET DAN MENCIPTA EMAIL

Nama   :   Siti Aishah Bt Salleh

Umur   :   28 Tahun

Ahli     :    2019

 

Latar Belakang

Pn Siti Aishah merupakan surirumah berkelulusan SPM. Merupakan pengunjung yang sering datang ke NADI Felda Adela bagi urusan tertentu. Seterusnya beliau mengambil kesempatan masa yang ada dengan mendaftar sebagai ahli NADI dan seterusnya ingin belajar menaip dan latihan Microsoft Office.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum  penglibatannya di NADI, Pn Aishah tidak cekap menggunakan perisian komputer dan tidak aktif menggunakan email. Segala urusannya sentiasa dibantu oleh Staf NADI

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi email, perisian seperti Microsoft Word dan mencetak menggunakan mesin pencetak di NADI. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di NADI, Pn Aishah semakin mahir dan cekap sepanjang menyiapkan tugasan. Beliau boleh menghantar dan menerima email dengan baik dan mampu mencetak dokumen tanpa bantuan petugas NADI.