Tarikh : 11 – 30 Ogos 2017 Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
|
Tujuan
Tujuan kelas ini ialah memberi peluang kepada calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah tahun 2017 untuk membuat ulangkaji dan membuat latih tubi secara atas talian menggunakan VLE Frog. Hal ini dapat meningkatkan pengetahuan dalam penggunaan komputer disamping meningkatkan prestasi pelajar. Sebagai latihan tambahan pelajar telah diarahkan untuk membuat latihan matematik secara atas talian menggunakan laman web mathplayground. Antara soalan yang ada ialah soalan operasi tambah, tolak, darab, bahagi, pecahan dan sebagainya. Pelbagai soalan matematik yang menarik dapat diperoleh yang sememangnya boleh tarik minat pelajar.
Aktiviti
Antara aktiviti sepanjang kelas tersebut ialah sesi latih tubi pelbagai subjek seperti matematik, sains , bahasa melayu. Manakala aktiviti tambahan ialah latihan berbentuk permainan iaitu matematik online menggunakan lamanweb mathplayground.