Peranan institusi kesihatan seperti Klinik Kesihatan Desa amat penting dalam meningkatkan mutu kesihatan dan keceriaan hidup di kalangan masyarakat. Terdapat sebuah sahaja pusat kesihatan kerajaan yang dibina dalam gugusan ini. Pusat kesihatan tersebut dinamakan Klinik Kesihatan Sening. Klinik ini dibina pada tahun 1983 di atas tanah rezab Kejora seluas 10 ekar. Klinik yang beralamat di Jalan Nuri, Felda Sening ini siap dibina pada 31 Disember 1983 dan telah beroperasi pada 1 Januari 1984. Antara bentuk rawatan yang disediakan disini adalah rawatan pesakit luar, pemeriksaan ibu mengandung, rawatan kanak-kanak khusus untuk penduduk berdekatan
.
Pintu hadapan Klinik Kesihatan Sening
Pesakit ketika sedang menunggu rawatan