USAHAWAN PRODUK KAIT
Nama : Halimah Binti Mohd Shah Umur : 38 Tahun Ahli : 2019 |
Latar belakang
Puan Halimah merupakan seorang surirumah. Mula berniaga secara kecil-kecilan dan menerima tempahan produk kait.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Merupakan ahli NADI Felda Adela yang aktif dan sering menggunakan kemudahan Internet di sini. Beliau mendaftar ahli pada tahun 2019 dan belajar asas Microsoft Office Word, Excel dan Powerpoint
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui kelas latihan komputer yang dijalankan di NADI Felda Adela, beliau semakin mahir mencari bahan tutorial produk kait dan berjaya mempromosikan produk secara online iaitu di whatsapp dan Facebook. Beliau semakin mahir menghasilkan pelbagai produk kait dan tempahan semakin meningkat.