|
Latar belakang
Puan Azlindawati memulakan perniagaan dengan menerima tempahan makanan secara atas talian. Beliau mula membuka kedai makan sejak Oktober 2018 secara kecil-kecilan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan. Beliau hanya menerima tempahan untuk majlis kecil sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh NADI Felda Adela beliau lebih bersemangat dan berjaya membuka kedai makan di Felda Tunggal. Beliau belajar mempromosikan kedai perusahaannya di Facebook dan Whatsapp. Sistem jualan juga lebih tersusun dengan adanya pengiraan yang betul tentang untung runcit perniagaan yang dijalankan.