|
Latar belakang
Puan Hafizah merupakan seorang suri rumah dan mempunyai pendapatan sendiri dengan menjual jamu untuk kesihatan dan kecantikan. Beliau mula memulakan bisnes jamu sejak tahun 2019 dan aktif membuat jualan dari rumah sahaja.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Beliau ingin belajar mengedit gambar produk jualan melalui apps di telefon bimbit sahaja. Beliau ingin tarik minat pelanggan melalui gambar dan promosi iklan yang dilakukan di media sosial beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Beliau telah hadir ke NADI Felda Adela untuk mengikuti kelas usahawan seterusnya banyak belajar teknik photoshoot produk dan suntingan imej menggunakan apps Canva. Hasilnya, banyak produk jualan beliau yang berjaya diedit dengan baik dengan hanya menggunakan telefon bimbit. Hal ini sangat memudahkan beliau.