CELIK ICT – MOHAMAD SUFIYAN BIN MAZLAN
Nama : Mohamad Sufiyan Bin Mazlan Umur : 14 Tahun Ahli : 1 Disember 2024 |
Latar belakang
Saya Mohamad Sufiyan Bin Mazlan berumur 14 tahun datang ke NADI Felda Adela untuk belajar asas menaip menggunakan komputer. Pada awalnya saya telah mendaftar sebagai ahli NADI Felda Adela dan mula mengikuti kelas asas menaip menggunakan Microsoft Office Word dan lain-lain kelasnya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum saya mengikuti kelas komputer, saya pernah menyiapkan tugasan sekolah menengah dengan memasukkan maklumat dan gambar ke dalam Microsoft Word. Sepanjang itu, saya telah ditunjuk ajar oleh staf NADI.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas mengikuti kelas komputer ini, saya dapat menaip dengan lebih pantas dan tepat. Saya gembira kerana dapat belajar kemahiran baru. Tambahan, saya dapat mengikuti pelbagai kelas yang dijalankan seperti mempelajari bagaimana menghasilkan poster menggunakan Microsoft Paint, taklimat Safe & Shielda, latihtubi subjek bahasa inggeris, matematik dan lain-lain.