mcmc
Persatuan Wanita

Wanita Hari ini

11692685 509680995864903 2617989081658738757 n

 

1. GERAKAN PERSATUAN WANITA (GPW)

 

11692685 509680995864903 2617989081658738757 n

 

Organisasi yang dinamakan sebagai Gerakan Persatuan Wanita (GPW) ini diketuai oleh Pn. Hajah Fatimah Bt Yahya. Sebagai ahli GPW  yang terdiri daripada isteri peneroka, adalah menjadi tanggungjawab mereka melaksanakan program-program komuniti bagi mengeratkan hubungan dan membangunkan kawasan kampung. Setiap program dilaksanakan secara bergotong-royong, antaranya seperti melaksanakan sesuatu majlis atau sambutan, membersihkan kawasan kampung, aktiviti kebajikan dan sebagainya.

 Antara aktiviti mereka adalah :

  • Aktiviti gotong royong membersihkan kawasan kampung sempena AKKF 2015 
  • Bekerjasama menjayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 
  • Menyertai kelas agama seperti kelas dakwah, kelas belajar Al-Quran dan kelas fardhu Ain  
  •  Gotong royong dan rewang untuk majlis kenduri

 

Selain itu, ahli GPW turut mengusahakan projek tanaman tanah seluas 2 ekar pada 19 Ogos 2014. Antara projek tanaman tersebut adalah :

  • Penanaman pokok buah naga
  • Penanaman pokok limau kasturi

 

2. GOLONGAN GENERASI KEDUA (GEN2)

 

Persatuan ini terdiri daripada anak peneroka yang merupakan generasi kedua di Felda Adela. Aktiviti komuniti seperti gotong-royong majlis kenduri, perkahwinan, program wanita dan aktiviti lain turut disertai oleh golongan generasi kedua ini.

 

11224666 533844040115265 4955731912170622009 n